:: Pengurusan Stress ::

BismillahirRahmanirRahim..

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti Motivasi bersama Dr Hasan Ali yang telah berlansung di Kompleks anak Selangor, Hayyu 'Asyir pada 26 Julai 09 yang lalu. Walau berlalu agak lama, saya kira 2 bulan lebih, jika ada yang mencatat pasti sudah lupa di letakkan di mana, atau sekadar mendengar dan tasjil dalam kepala..yakin ke kawan2 kita tak lupa.... ;) jika keadaan seperti itu terjadi kepada diri saya, ma'as salamah la jawabnya..tapi tak pa, mari kita imbas kembali point penting tersebut..Selamat membaca n menghayati...

Firman Allah Ta'ala :

.."Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteram la hati manusia.." ( Surah Ar Ra'du : 28)

*Eye to Eye Communication

Teknik :- Eyeball to Eyeball, contoh: ..apabila cakap dengan mak, pandang muka mak sekali sekala sebagai isyarah / tanda "approval" apa yang kita dengar .

Eyeball bukan sahaja melibatkan mata bahkan melibatkan semua deria seperti telinga, hidung, mata, lidah.

Komunikasi akan menjelmakan personaliti, menusuk ke semua ruang pancaindera.Sepertimana kata bidalan; dari mata turun ke hati :)

*Complicated (stress)

Mata yang stress akan garap persekitaran dan akan timbul pelbagai spikulasi dalam diri mereka yang mengalami stress.
inferior we called stress dibentuk oleh pancaindera


*Hubungan jalin

Diri - inferior (public opinion) terhadap dirinya. cth: sombong



  1. Keluarga - berita2

  2. Jiran- kawan2 pulau

  3. Masyarakat

  4. Negeri

  5. Negara

  6. Dunia

  7. Ummah

Interdependant- di kelaskan kepada 5 level iaitu most stress, more stress, mild stress n Least stress.Most stress- more (stressfull, very stress)

Satu soalan yang saya nak ajukan pada kawan2 di luar sana..Wujud kah orang yang tidak pernah lansung mengalami stress? saya percaya, semua pernah mengalaminya..cuma berjaya or tak mengawal tekanan tersebut bergantung kepada cara masing2..

Kata Dr Hasan Ali : tak ada orang yang tak ada stress.. no one free from stress..sebab apa Dr ckp cam tu? kerana tiap orang memiliki hati, otak yang merupakan komponen2 stress.



*Stressor- REMAJA (becoming more stress)

jarang kita lihat or dengar orang yang berumur 40 ke atas menghadapi stress..kerana mereka rajin melakukan ibadah, pergi ke surau

PENYEBAB STRESS


*Study related-kaunselor, senior, study group

*Kawan2- jantina berbeza

*Tekanan2- *boleh di atasi dengan puasa sunat, membaca Al Quran, banyakkan berjemaah, zikir

*Ego remaja- cth: rasa diri aku lah yang terbaik, tidak boleh di tegur n mahu kan kebebasan


TEKNIK 2 MENGATASI TEKANAN
Ia bergantung kepada jenis2 stress.Perlu di ingat!! jangan simpan stress- di zahirkan

1) Jika berhadapan dengan kawan2 yang mengalami stress kita perlu menghampiri, menyakinkan n bantu kawan cari jalan keluar

2)Dengarkan - dengar sahaja dahulu apa yang hendak kawan luah kan, jangan beri sebarang respon

3)Tinjau pandangan2 - di rahsiakan. Bincangkan secara personal

4) Rangka tindakan (circle khusus)- supaya tidak tersebar

5) Mesyuaratkan

6) Penyelesaian

7) Pantau


KOMUNIKASI

Bagaimana nak bina keyakinan?We don't have self confident..

Tiada keyakinan pada diri sendiri di sebabkan berberapa faktor :


1) Latar belakang

2) Kurang ilmu

3) Kurang kemahiran

4) Lemah penampilan

5) Tidak petah

6) Selalu di kutuk

7) Tiada pembelaan

8) Persimistik

Hidup mesti di lalui dengan kegembiraan, ceria..


TEKNIK KOMUNIKASI
1) Keceriaan- senyum, bahasa indah, berakhlak, sopan


2) LEVEL ; lateral (sahabat sebaya), vertical (orang yang di atas- orang bawah), manifested (di zahirkan), latent/monolog(setuju, tetapi tidak di nyatakan)

3) Komunikasi : sender(jangan membebel), message(selama2 nya tak ada hentam2 org, jatuhkan orang), receiver

4) Results- hasil yang baik (mumtaz)


MORAL : Berkomunikasi lah dengan kasih sayang. Suara kita mesti lah rendah dari suara mak n ayah, orang yang intelek seblum bercakap berfikirlah dengan baik n tapis terlebih dahulu. Nothing cannot be resolved, di dalam Islam semua perkara boleh di selesaikan apabila kembali kepada Allah n Al Quran.Jika terdapat kekuranagn dalam diri, semua itu boleh di perbaiki dari masa ke semasa.

Komunikasi yang pertama akan menghasilkan komunikasi kedua.Kita perlu belajar untuk tinggalkan impression supaya orang sayang n suka pada kita, mesti sedar tangungjawab, amanah.

Firman Allah Ta'ala:

.."Dan orang2 lelaki yang menyebut nama Allah banyak2 serta orang2 perempuan yang menyebut nama Allah banyak2, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.." ( Surah Al Ahzab : 35)

Apabila kita mengingati Allah S.W.T dalam apa jua perbuatan, insyaALLAH kita akan dapat merasakan ketenangan. Apabila di timpa kesusahan kita akan sabar dengan ujian kurniaan Allah.Ini kerana kita yakin dan tenang bahawa segala2 nya ketentuan Allah.

Hati yang kotor sentiasa bersangka buruk walaupun orang berbuat baik kepadanya. Jadilah kita sebagai orang terang hati dan sentiasa berfikiran positif di dalam bertindak, cemerlang membuat keputusan.

Wallahu Ta'ala A'lam..











.:: Nafas baru ::.

BismillahirRahmanirRahim...

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan angan2 untuk memiliki blog sendiri seperti sahabat2 yang lain akhirnya tercapai jugak ;) benar lah kata pepatah ,angan2 tanpa usaha, tidak akan menjanjikan apa2.. ;)

sebelum ini, dah create tapi tiada keyakinan untuk di siarkan, jadi tak fikir panjang terus "simpan" untuk tatapan sendiri je.. post, baca n delete..he2.. Masih dalam proses belajar lagi, tetapi keyakinan untuk mencuba tetap ada..terima kasih buat kakak kesayanganku Ukhti Suniza yang banyak membantu.. ;)

Kita mesti berani ke hadapan untuk membuat sebarang perubahan.walaupun taklah pandai menulis..he3..doakan saya moga terus semangat belajar n mencuba..mohon se1000 kemaafan, atas segala kekurangan dalam isi, susun kata n sebagainya..adat la, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. :)Diri ini mengharapkan jika ada sebarang komentar daripada sahabat2 untuk lebih memperbaiki mutu penyampaian.. amat la di alu2 kan.. :) syukran..


Wa Allahu Ta'ala A'lam..

Salam perjuangan,

Nurul Syamila Sabri

Mansurah, Egypt

:: ORANG SABAR SELALU MENANG ::


BismillahirRahmanirRahim...

Mutiara kata ini, telah di berikan ketika saya sedang demam ;) oleh seorang Sahabat yang amat saya sayangi. Ketika itu, waktu hanya berbaki 2 hari untuk menghadapi imtihan shahadah. Dalam keadaan yang agak genting itu, saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mempunyai sahabat2 yang tidak jemu2 memberi sokongan dan nasihat.Hanya Allah yang mampu membalas segala2 nya..


Moga PERSAHABATAN ini di bina atas asas KEIKHLASAN kerana ALLAH. Moga kita semua dapat mengecapi erti PERSAHABATAN yang telus..ALLAHUMMA AMEEN.


Syamila sayang....

Ketahuilah bahawa, tiada satu pun yang terlepas
dari pengetahuan Tuhan
apa yang ditanggung
oleh hambaNYA kerana sebab takdirNYA...
Bersabar lah dengan Tuhan sebentar sahaja
kerana kamu telah memperoleh kelembutan,
Kurniaan dan kenikmatanNYA bertahun2..

Syafakillah ya Ukhti HABIBATI....
Jangan berhenti berdoa
kerana kita tidak tahu doa
yang mana bakal dikabulkan NYA...
Saya yakin kita sama2 bakal peroleh
Najah sofi hanya dengan IZIN ALLAH
Doa dan terus berdoa !!!

Kamilah sayang Syamila !!....


**Jazakumullahu khairan kathira buat kak su, Mufidah, Kamilah, Halimah, Angah..UHIBBUKUM FILLAH... :)