.:: Coretan saat ini ::.

Perjalanan hidup setiap manusia itu cukup indah, di warnai pelbagai warna untuk menghiasi lukisan hidup. Pejam celik sudah sebulan 6 hari ku berada di Daerah Bera ini. Hakikatnya, diriku tidak pernah bermimpi untuk berada di Kampung Gemuruh ini.Pertama kali menjejakan kaki di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang di Indera Mahkota pada 21 Mac lepas untuk mendengar taklimat dan seterusnya menerima surat penempatan.Akhirnya, semua tanda tanya selama ini terjawab setelah menerima surat penempatan itu sendiri daripada Al Fadhil Ustaz Ridhuan.Apabila melihat nama dan sekolah mana akan ku di tempatkan.Perasaan ku ketika itu bercampur baur, suka?sedih?cool ja? Daerah Bera tak pernah ku kunjungi sebelum ini walaupun sudah menetap di Negeri Pahang selama 27 tahun.

Apa2 pun ku bersyukur kepada Allah, kerana masih berada di negeri kelahiranku.Jika nak di bandingkan dengan kawan2 ku yang lain terpaksa berhijrah ke negeri lain iaitu Perak dan Johor.Kata mereka, negeri sendiri dan negeri orang tak sama, lain benar suasananya.Berada di mana2 pun, sama sahaja sebenarnya, kita tetap perlu hidup berdikari dan berjauhan daripada keluarga demi meneruskan cita2.Selesai mendengar taklimat di JPN, meneruskan perjalanan ke Pejabat Pendidikan Daerah Bera untuk menyelesaikan urusan mencari tempat tinggal memandangkan ku akan melapor diri di sekolah pada 22 Mac.Alhamdulillah memang rezeki ku, Allah telah me mudahkan segala urusan.Sampai sahaja di PPD Bera, trus berjumpa dengan En Hamid dan En Fauzi.Kebetulan GPK Kurikulum SK Bukit Gemuruh ada sekali, maka dapatla ku tinggal di kuarters guru dengan seorang kakak yang berasal dari Kuala Lumpur, sudah masuk tahun ke lima berkhidmat di Sk Bukit Gemuruh.

Pengalaman kali ini cukup berbeza dari sebelum ini. Sekarang ku berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh, Bandar Bera.Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah JHEOA.Mempunyai 147 orang murid dari kaum Semelai, majoriti nya bukan Islam, hanya mempunyai minoriti 20 orang pelajar Islam.Kedudukan sekolah ini yang jauh masuk ke dalam, terpaksa melalui ladang kelapa sawit dan kebun getah, memang cukup advanture
J suasana nya yang sunyi sahaja, membuatkan hari2 yang di lalui terasa bosan :D Cukup berbeza.Hari pertama menjejakkan kaki di sekolah ini, pada hari selasa 22 Mac, perasaan senang menyelubungi diri ini atas penerimaan yang baik daripada kakitangan dan guru2 Sekolah ini.Hari ketiga di sini, sudah di minta duduk di padang sebagai pencatat mata Pertandingan Hoki MSSD Bera.Keesokkan harinya, berpeluang bergotong- royong dengan masyarakat setempat menyediakan bahan2 untuk membuat sup tulang, gulai kawah dan kerabu perut bagi menjayakan Mesyuarat PIBG.

Rentetan Minggu Orentasi

22 Mac (selasa) : Melapor diri dan Pertandingan Hoki MSSD Bera (Lelaki)

23 Mac (Rabu ) : Pertandingan Hoki MSSD Bera (perempuan)

24 Mac (Khamis) : Gotong –royong menyediakan bahan kenduri.

25 Mac (Jumaat ) : Mesyuarat PIBG.

Rasa syukur ku ucapakan ke hadrat Allah.Keberadaan ku di sini, adalah satu peluang yang cukup berharga kerana berpeluang menimba pelbagai ilmu dan pengalaman.Semenjak tamat belajar, setahun lebih berkerja di daerah sendiri iaitu Raub, tempat sendiri tidak begitu mencabar kerana masih tinggal bersama2 keluarga:D susah2 masih ada keluarga untuk berkongsi rasa dan masalah.

Sk Bukit Gemuruh ini adalah sekolah perluasan j-QAF.Oleh itu, segala2 nya perlu di gerakkan oleh ku sendiri, sebelum ini jika ada sebarang program cuma ikut, tak perlu nak pening2 kepala memikirkan perancangan dan pelaksanaannya J tetapi tidak sekarang. Alhamdulillah di bantu oleh seorang guru pembimbing (GPI).Terima kasih kepada Ustaz Jusairi Bin Bastan atas segala pertolongan dan bimbingan.

Maaf di pinta kepada anda yang sudi menziarahi blog ini, penulisan yang tidak teratur tetapi terasa teringin sanagat untuk berkongsi.InsyaAllah, pengalaman yang lain akan di kongsikan dalam post akan datangJ

Sangat mengharapkan doa dan sokongan daripada kawan2, sahabat2 semoga diriku ini sentiasa di berikan kekuatan untuk mendidik anak2 di sini supaya mereka menjadi anak bangsa yang berjaya di dalam kehidupan dan pelajaran.

NURUL SYAMILA BINTI SABRI

Guru Pelatih j-QAF ambilan Jan 2011.

26 April 2011.

8.05 pm

Kuaters Guru Sk Bukit Gemuruh

0 comments: