.:: KU CARI BAHAGIA ABADI ::.

DI MANA? di sisi Tuhan...

Firman ALLAH maksudnya: "Di tempat yang sungguh BAHAGIA, di sisi Tuhan yang menguasai segala-segalanya, lagi yang berkuasa melakukan sekehendaknya.." (Surah Al Qamar 54:55)


BAGAIMANA?dengan mengutamakan Akhirat...

Firman ALLAH maksudnya:"Mereka itulah yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia(dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah2 ALLAH) yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan Akhirat, maka tidak akan di ringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan di berikan pertolongan."
(Surah Al Baqarah:86)


DENGAN SABAR DAN TAQWA...


Firman ALLAH maksudnya:"Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang2 yang bertaqwa." ( Surah Hud:49)

UNTUK SIAPA?? YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH...

Firman ALLAH maksudnya:"Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik2 nya." ( Surah Al Ra'du 13:29)

yang beroleh HIDAYAH....

Firman ALLAH maksudnya:"Dan sesiapa yang di beri hidayah petunjuk oleh ALLAH maka dialah yang sebenar2 nya berjaya mencapai kebahagiaan."
(Surah Al Israk 17:97)

:: Pengurusan Stress ::

BismillahirRahmanirRahim..

Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti Motivasi bersama Dr Hasan Ali yang telah berlansung di Kompleks anak Selangor, Hayyu 'Asyir pada 26 Julai 09 yang lalu. Walau berlalu agak lama, saya kira 2 bulan lebih, jika ada yang mencatat pasti sudah lupa di letakkan di mana, atau sekadar mendengar dan tasjil dalam kepala..yakin ke kawan2 kita tak lupa.... ;) jika keadaan seperti itu terjadi kepada diri saya, ma'as salamah la jawabnya..tapi tak pa, mari kita imbas kembali point penting tersebut..Selamat membaca n menghayati...

Firman Allah Ta'ala :

.."Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteram la hati manusia.." ( Surah Ar Ra'du : 28)

*Eye to Eye Communication

Teknik :- Eyeball to Eyeball, contoh: ..apabila cakap dengan mak, pandang muka mak sekali sekala sebagai isyarah / tanda "approval" apa yang kita dengar .

Eyeball bukan sahaja melibatkan mata bahkan melibatkan semua deria seperti telinga, hidung, mata, lidah.

Komunikasi akan menjelmakan personaliti, menusuk ke semua ruang pancaindera.Sepertimana kata bidalan; dari mata turun ke hati :)

*Complicated (stress)

Mata yang stress akan garap persekitaran dan akan timbul pelbagai spikulasi dalam diri mereka yang mengalami stress.
inferior we called stress dibentuk oleh pancaindera


*Hubungan jalin

Diri - inferior (public opinion) terhadap dirinya. cth: sombong



  1. Keluarga - berita2

  2. Jiran- kawan2 pulau

  3. Masyarakat

  4. Negeri

  5. Negara

  6. Dunia

  7. Ummah

Interdependant- di kelaskan kepada 5 level iaitu most stress, more stress, mild stress n Least stress.Most stress- more (stressfull, very stress)

Satu soalan yang saya nak ajukan pada kawan2 di luar sana..Wujud kah orang yang tidak pernah lansung mengalami stress? saya percaya, semua pernah mengalaminya..cuma berjaya or tak mengawal tekanan tersebut bergantung kepada cara masing2..

Kata Dr Hasan Ali : tak ada orang yang tak ada stress.. no one free from stress..sebab apa Dr ckp cam tu? kerana tiap orang memiliki hati, otak yang merupakan komponen2 stress.



*Stressor- REMAJA (becoming more stress)

jarang kita lihat or dengar orang yang berumur 40 ke atas menghadapi stress..kerana mereka rajin melakukan ibadah, pergi ke surau

PENYEBAB STRESS


*Study related-kaunselor, senior, study group

*Kawan2- jantina berbeza

*Tekanan2- *boleh di atasi dengan puasa sunat, membaca Al Quran, banyakkan berjemaah, zikir

*Ego remaja- cth: rasa diri aku lah yang terbaik, tidak boleh di tegur n mahu kan kebebasan


TEKNIK 2 MENGATASI TEKANAN
Ia bergantung kepada jenis2 stress.Perlu di ingat!! jangan simpan stress- di zahirkan

1) Jika berhadapan dengan kawan2 yang mengalami stress kita perlu menghampiri, menyakinkan n bantu kawan cari jalan keluar

2)Dengarkan - dengar sahaja dahulu apa yang hendak kawan luah kan, jangan beri sebarang respon

3)Tinjau pandangan2 - di rahsiakan. Bincangkan secara personal

4) Rangka tindakan (circle khusus)- supaya tidak tersebar

5) Mesyuaratkan

6) Penyelesaian

7) Pantau


KOMUNIKASI

Bagaimana nak bina keyakinan?We don't have self confident..

Tiada keyakinan pada diri sendiri di sebabkan berberapa faktor :


1) Latar belakang

2) Kurang ilmu

3) Kurang kemahiran

4) Lemah penampilan

5) Tidak petah

6) Selalu di kutuk

7) Tiada pembelaan

8) Persimistik

Hidup mesti di lalui dengan kegembiraan, ceria..


TEKNIK KOMUNIKASI
1) Keceriaan- senyum, bahasa indah, berakhlak, sopan


2) LEVEL ; lateral (sahabat sebaya), vertical (orang yang di atas- orang bawah), manifested (di zahirkan), latent/monolog(setuju, tetapi tidak di nyatakan)

3) Komunikasi : sender(jangan membebel), message(selama2 nya tak ada hentam2 org, jatuhkan orang), receiver

4) Results- hasil yang baik (mumtaz)


MORAL : Berkomunikasi lah dengan kasih sayang. Suara kita mesti lah rendah dari suara mak n ayah, orang yang intelek seblum bercakap berfikirlah dengan baik n tapis terlebih dahulu. Nothing cannot be resolved, di dalam Islam semua perkara boleh di selesaikan apabila kembali kepada Allah n Al Quran.Jika terdapat kekuranagn dalam diri, semua itu boleh di perbaiki dari masa ke semasa.

Komunikasi yang pertama akan menghasilkan komunikasi kedua.Kita perlu belajar untuk tinggalkan impression supaya orang sayang n suka pada kita, mesti sedar tangungjawab, amanah.

Firman Allah Ta'ala:

.."Dan orang2 lelaki yang menyebut nama Allah banyak2 serta orang2 perempuan yang menyebut nama Allah banyak2, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.." ( Surah Al Ahzab : 35)

Apabila kita mengingati Allah S.W.T dalam apa jua perbuatan, insyaALLAH kita akan dapat merasakan ketenangan. Apabila di timpa kesusahan kita akan sabar dengan ujian kurniaan Allah.Ini kerana kita yakin dan tenang bahawa segala2 nya ketentuan Allah.

Hati yang kotor sentiasa bersangka buruk walaupun orang berbuat baik kepadanya. Jadilah kita sebagai orang terang hati dan sentiasa berfikiran positif di dalam bertindak, cemerlang membuat keputusan.

Wallahu Ta'ala A'lam..











.:: Nafas baru ::.

BismillahirRahmanirRahim...

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyimpan angan2 untuk memiliki blog sendiri seperti sahabat2 yang lain akhirnya tercapai jugak ;) benar lah kata pepatah ,angan2 tanpa usaha, tidak akan menjanjikan apa2.. ;)

sebelum ini, dah create tapi tiada keyakinan untuk di siarkan, jadi tak fikir panjang terus "simpan" untuk tatapan sendiri je.. post, baca n delete..he2.. Masih dalam proses belajar lagi, tetapi keyakinan untuk mencuba tetap ada..terima kasih buat kakak kesayanganku Ukhti Suniza yang banyak membantu.. ;)

Kita mesti berani ke hadapan untuk membuat sebarang perubahan.walaupun taklah pandai menulis..he3..doakan saya moga terus semangat belajar n mencuba..mohon se1000 kemaafan, atas segala kekurangan dalam isi, susun kata n sebagainya..adat la, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. :)Diri ini mengharapkan jika ada sebarang komentar daripada sahabat2 untuk lebih memperbaiki mutu penyampaian.. amat la di alu2 kan.. :) syukran..


Wa Allahu Ta'ala A'lam..

Salam perjuangan,

Nurul Syamila Sabri

Mansurah, Egypt

:: ORANG SABAR SELALU MENANG ::


BismillahirRahmanirRahim...

Mutiara kata ini, telah di berikan ketika saya sedang demam ;) oleh seorang Sahabat yang amat saya sayangi. Ketika itu, waktu hanya berbaki 2 hari untuk menghadapi imtihan shahadah. Dalam keadaan yang agak genting itu, saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana mempunyai sahabat2 yang tidak jemu2 memberi sokongan dan nasihat.Hanya Allah yang mampu membalas segala2 nya..


Moga PERSAHABATAN ini di bina atas asas KEIKHLASAN kerana ALLAH. Moga kita semua dapat mengecapi erti PERSAHABATAN yang telus..ALLAHUMMA AMEEN.


Syamila sayang....

Ketahuilah bahawa, tiada satu pun yang terlepas
dari pengetahuan Tuhan
apa yang ditanggung
oleh hambaNYA kerana sebab takdirNYA...
Bersabar lah dengan Tuhan sebentar sahaja
kerana kamu telah memperoleh kelembutan,
Kurniaan dan kenikmatanNYA bertahun2..

Syafakillah ya Ukhti HABIBATI....
Jangan berhenti berdoa
kerana kita tidak tahu doa
yang mana bakal dikabulkan NYA...
Saya yakin kita sama2 bakal peroleh
Najah sofi hanya dengan IZIN ALLAH
Doa dan terus berdoa !!!

Kamilah sayang Syamila !!....


**Jazakumullahu khairan kathira buat kak su, Mufidah, Kamilah, Halimah, Angah..UHIBBUKUM FILLAH... :)

.:: GENERASI IMPIAN ISLAM ::.

Firman Allah Ta'ala di dalam surah Al Ahzab ayat 23 :

"Di antara orang2 yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu(lalu gugur syahid)dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun".

Pada hakikatnya, kita masih belum layak untuk mengangkat diri kita kepada title "pejuang" atau "abnaul haraki" apatah lagi mengaku kita sekarang sedang berjuang.Layakkah sahabat-sahabat? Saya mengajak sahabat2, mari lah kita bersama2 muhasabah kembali, adakah kita berakhlak sebagai seorang yang mengaku diri seorang pejuang? Dari sudut ibadah, mu'amalah kita adakah menepati kriteria pejuang agama Allah.Dalam keadaan diri kita yang banyak melakukan maksiat ini layakkah kita menempatkan diri kita sebaris dengan pejuang2 Islam golongan yang terdahulu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Saidina Umar Al Khattab dan sebagainya.Rasanya begitu jauh sekali. Seorang pejuang mestilah bersih jiwanya, berakhlak dengan akhlak seorang muslim jauh dari sifat2 mazmumah.

Walau bagaimana pun, dalam kita mengislah diri yang serba kekurangan ini, kewajipan "amal ma'ruf nahi mungkar" ini wajib di teruskan.Ini adalah kerana kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.Perjuangan menegakkan Islam adalah suatu kewajipan.Ia bukan sekadar profesyen pilihan.Apabila suka dan senang di laksana kan, dan apabila merasa berat teragak2 untuk meneruskan kerja2 Islam.Moga kita di jauhkan oleh Allah dari memiliki rasa ragu2.Tidak perlu rasa ragu2 sahabat dan sahabiah sekalian.Siapa lagi yang kita hendak harapkan?kita sebagai orang yang menuntut ilmu agama serasa saya lebih memahami tuntutan tersebut. Moga kita di kurniakan oleh Allah dengan istiqamah.Allahumma Ameen.

Suka saya di sini berkongsi point penting untuk kita ambil istifadah sebagai garis panduan meneruskan rutin kehidupan sebagai pekerja untuk Islam.

Terdapat 7 ciri2 untuk kita melahirkan generasi yang kita impikan.

1) Iman yang kental/kuat

kata2 ibu Musa'ab bin Umair ketika mana merayu kepada anaknya"Tolonglah keluar dari Islam, kalau kamu tidak keluar maka selamanya aku tidak akan makan.."

Jawab Musa'ab bin Umair: "Demi Allah wahai ibuku, kalau kamu ada 100 nyawa maka akan keluar satu persatu, selama2 nya aku tidak akan tinggalkan agama Muhammad"

betapa kuatnya keimanan dan keyakinan Musa'ab bin Umair pada Islam.Tidak goyah sedikit pun prinsip yang di pegang meski rayuan tersebut datangnya daripada ibunya sendiri.Bermula lah dari saat ini, bekerjalah untuk Allah hari ini untuk kita bekerja untuk Allah untuk masa2 akan datang.Yakin lah dengan janji2 Allah. Janji Allah itu PASti.


2) Generasi yang berilmu.

kita belajar ilmu apa sekalipun adalah untuk kita amalkan.Contoh nya apa tujuan kita belajar puasa? mesti lah untuk kita melaksanakan kewajipan puasa itu sendiri.

kata2 Imam Al Ghazali :"Keberkatan ilmu kepada kita mengamalkannya.."


3) Generasi yang berjuang.

Kita perlu mendidik diri bercakap benar dalam apa jua keadaan.Jika di beri peluang bercakap, mesti menyatakan sesuatu yang hak.Tetapi perlu juga di ingat hubungan mesti di jaga agar tidak timbul permusuhan atau ada rasa tidak puas hati.

Mafhum dari Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa sallam: "..akan kekal daripada umatku, orang yang jelas bawa kebenaran,

biar masyarakat tahu orang yang berjuang untuk Islam ada "prinsip".

4) Generasi himmah.

Jadilah kita sebagai seseorang yang apabila berada di dalam kelompok masyarakat di pandang izzah. Kita mempunyai keterampilan atau pribadi yang berbeza dengan orang lain.Tingkah laku dan tutur kata sentiasa di jaga.

Walau di mana2 pun kita berada ingat lah sahabat dan sahabiah sekalian kita adalah pemimpin dan jiwa pun mesti lah ada rasa kita adalah pemimpin.

5) Generasi simpati.

Ambil tahu segala perkembangan atau isu yang berlaku.khususnya apa yang menimpa umat Islam seluruh dunia.Walaupun berbeza bangsa, kedudukan geografi tetapi kita adalah umat yang satu iaitu ISLAM.Doa adalah senjata kita yang paling ampuh juga di samping kekuatan kesatuan yang perlu di miliki dan mestilah di tanam dalam tiap jiwa orang Islam.Sesungguhnya, orang mukmin itu bersaudara.

6) Generasi tawadhu'

Didiklah di dalam jiwa, ada rasa rendah diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, rendah diri sesama makhluk ciptaan Allah.Dalam kita berdoa juga mesti ada rasa rendah diri, di bimbangi doa kita tidak di makbulkan kerana adanya rasa takabbur.

7) Generasi bersabar

Bersabarlah dalam apa jua keadaan yang datang sama ada susah atau pun senang. Orang yang sabar adalah orang yang ikhlas dalam berjuang. Jika kita menghadapi kegagalan dalam kesibukan kita melaksanakan kerja2 Islam itu sendiri, kita berdoa sekurang2 nya masa kita yang sibuk itu di nilai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Ujian Allah kepada hamba2 NYA datang dalam pelbagai keadaan. Kesusahan, kegagalan dan segala2 nya untuk menilai sejauh mana pergantungan kita dengan Allah.Bukan mengingati Allah itu di kala di timpa musibah sahaja.Apa2 pekerjaan sekalipun adalah kerana Allah.Kembalilah kita kepada niat asal agar segala2 nya terarah hanya kepada Allah.

Bagi yang menghadapi kegagalan jangan berputus asa.Sabar sdikit sahaja lagi PASti, kejayaan menjadi milik kalian bahkan dengan IZIN ALLAH akan di kuniakan yang lebih baik daripada sedia ada sekarang.

Sebagaimana maksud Firman Allah Ta'ala dalam surah Al Baqarah ayat 155:

"Dan sungguh kami akan berikan cubaan kepada mu (berupa) dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang2 yang sabar"

Kita telah di kurniakan oleh Allah dengan waktu, jadi orang yang mempunyai waktu, adalah orang yang paling sibuk.

Kata2 As-Syahid Hassan Al Bana :"..Kewajipan lebih banyak dari masa yang ada..."

Moga2 perkongsian ini, sama2 kita ambil manfa'at walaupun susun kata dan penyampaiannya agak tidak teratur.

Wallahu Ta'ala A'lam.

.:: Ahlan Ya Ramadhan ::.

Alhamdulillah selaut kesyukuran di rafa'kan setinggi-tingginya ke hadrat Allah Subhanu Wa Ta'ala kerana kita masih di beri peluang bertemu dengan bulan Ramdhan yang mulia yang mana di dalamnya terkandung seribu keberkatan bagi mereka yang mengambil manfaat. Alhamdulillah, sungguh besar kurnia MU ini Ya ALLAH.

Moga dengan nikmat kurniaan Allah ini, dapat mentarbiyah jasad dan rohani kita melalui 3 fasa madrasah Ramadhan. Mari sama-sama kita fikir sejenak, cukup kah amalan kebajikan kita selama mana kita hidup di atas muka bumi Allah ini untuk di jadikan bekalan apabila bertemu Allah Subhanahu Wa Ta'ala???Mari kita berlumba-lumba mengejar kebaikan dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan yang di sabda kan oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wasallam sebagai bulan umat Islam ini.

Selamat menjalani ibadah puasa, moga Allah membersih hati kita dari karat-karat mazmumah dan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu.Allahumma Ameen.


Wa Allahu Ta'ala A'lam.